Nov 4, 2009



AMANAT MAHAGURU MEOR ABD RAHMAN KEPADA
ANAK-ANAK GAYONG..

"Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu,

Jangan pecah rahsia hulubalang,

Nanti harimau hilang kuku"

"Jangan ditepuk darah di dulang,

Anak harimau mancari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,

Nanti harimau hilang asu"

"Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas,

Jikalau ada senjata di tangan,

Jangan biar orang rampas"

"Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut di lautan tujuh,

Perpecahan Gayong perpecahan sayang,

Di suatu masa kembali berteguh"

Segayong,

Sekendi,

Seperigi,

Sepeminum,

Sejalan,

Sejadi,

Sedarah,

Sedaging,

Sepadu,

Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong.

Gayong? Dimana Gayong? Di sini Gayong, di sana Gayong.

Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri.

Oct 30, 2009

persembahan sempena sambutan jubli emas institut pendidikan guru malaysia kampus ilmu khas..

ni gambar selepas wat persembahan.. wlupun hajat nk wat demo btul2 lum ag kesampaian..
tp wat bunga sembah pun jd la...






pembantu gurulatih, aliff (berdiri tengah), khai (3 dari kiri), dan helmay (4 dari kanan) bergambar bersama group taekwondo ipgmik selepas selesai wat psembahan..

Oct 29, 2009


Weigh Loss Surgery

kursus kunci mati..

gurulatih pssgm ipgmik, cikgu rizan dan pembantu gurulatih, aliff telah mengikuti kursus khas kunci mati yang di sampaikan oleh waris amanah mutlak pssgm cikgu wan ahmad fauzi di ukm..

tujuan kursus ini adalah untuk mengemaskan dan memantapkan lagi kuncian...





peserta-peserta yang mengikuti kursus tersebut bergambar dengan cikgu wan ahmad fauzi

pertandingan silat anjuran Rakan Muda Hulu Langat

IPGMIK telah mencipta sejarah dengan memenangi acara senaman anak harimau (gulungan 10) dan naib johan acara seni tempur putera.





pesilat yang muncul johan...





sekitar gambar-gambar pertandingan...











pertandingan ini adalah penyertaan sulung group ipgmik.

Oct 27, 2009

keluarga pssgm gelanggang ilmu khas..edisi terkini
















bergambar ketika malam
latihan..





Guru kami yang dihormati...

Oct 20, 2009

merlimau tapak..















macam biasa, setiap anak-anak gayong diwajibkan untuk menjalani upacara merlimau tapak.
merlimau tapak ni sebenarnya hanya lebih kepada untuk menyucikan diri je sebenarnya. xde unsur-unsur khurafat.upacara ni diadakan kat Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU). ni antara gambar-gambar yang dapat kitorang lampirkan..










ni la pusat latihan kajang utama tempat anak-anak gayong ipgmik mandi merlimau tapak.













barisan pendekar-pendekar dan serikandi-serikandi yang bakal menjadi anak gayong secara rasmi..












Mar 28, 2009

Sejarah Silat Seni Gayong Malaysia




























LATAR BELAKANG RINGKAS
PENUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR


(PSSGM-IPGMIK)






CADANGAN UNTUK MEMBUKA GELANGGANG SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS, CHERAS BERMULA ATAS INISIATIF SAUDARA MUHAMAD ALIFF BIN KAMARUDIN. BELIAU MENDAPAT ILHAM UNTUK MEMBUKA GELANGGANG PERSATUAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DI IPGMIK MEMANDANGKAN JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SILAT DI DALAM PELBAGAI AKTIVITI DI INSTITUT INI. MEMANDANGKAN PERMINTAAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMAKIN MENGGALAKKAN, PROSES PENUBUHAN INI TELAH PERMULA.




PADA AWAL NOVEMBER, SATU PERBINCANGAN ANTARA SAUDARA MUHAMAD ALIFF BIN KAMARUDIN DENGAN ENCIK ASYHARIZAN BIN ISMAIL(GURULATIH PSSGM) TELAH DI ADAKAN DI GELANGGANG FLAT SERI MELAKA, CHERAS. KETIKA ITU, PERBINCANGAN UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN PSSGM PUSAT UNTUK MENUBUHKAN PERSATUAN INI DI IPGMIK.




LANJUTAN DARIPADA PERBINCANGAN ITU MEREKA TELAH BERJUMPA DENGAN ENCIK IDRIS BIN SHAFFIE(PENYELARAS 1) PSSGM PUSAT LATIHAN KAJANG UTAMA (PLKU) BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT PROSEDUR UNTUK MENUBUHKAN GELANGGANG BARU.




HASIL DARIPADA PERBINCANGAN ITU, KATA SEPAKAT TELAH DICAPAI. GELANGGANG YANG AKAN DIBUKA DI IPGMIK AKAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN PLKU DAN PLKU AKAN MEMBANTU UNTUK BERURUSAN DENGAN PSSGM PUSAT.




KERTAS KERJA PERTAMA TELAH DI HANTAR KEPADA PIHAK PENTADBIRAN IPGMIK DAN PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN TELAH DIBUAT. PIHAK PENGURUSAN IPGMIK JUGA TELAH MENYATAKAN SOKONGAN MEREKA DI ATAS PENUBUHAN PERSATUAN INI DI IPGMIK.




PENUBUHAN PERSATUAN INI TELAH MENDAPAT KELULUSAN SEPENUHNYA PIHAK PENTADBIRAN IPGMIK PADA AWAL JANUARI 2009. DAN PADA 11 JANUARI 2009, TAKLIMAT PERTAMA TELAH DIADAKAN KEPADA AHLI-AHLI BARU. TAKLIMAT TELAH DISAMPAIKAN OLEH ENCIK IDRIS BIN SHAFFIE. PADA MALAM ITU JUGA AHLI-AHLI BARU JUGA TELAH DIPERKENALKAN GURULATIH YANG AKAN MELATIH MEREKA IAITU ENCIK ASYHARIZAN BIN ISMAIL SELAKU GURULATIH DAN SAUDARA MUHAMAD ALIFF BIN KAMARUDIN SELAKU PEMBANTU GURULATIH.