Oct 15, 2010

LAGU GAYONG



Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Aug 19, 2010

PENGERTIAN BENDERA DAN WARNA-WARNA GAYONG



Bendera Gayong dikibar dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong. Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong. Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu. Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.

HITAM
Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan. Ia bermaksud semua manusia di sisi Allah S.W.T. adalah sama. Bagaikan sinaran cahaya berwarna-warni jika dipancarkan kepada objek hitam tetap hitam. Begitulah kedudukan semua ahli dalam Silat Seni Gayong. Pakaian yang disarung dalam latihan atau majlis rasmi juga berwarna hitam, perbezaannya Cuma pada bengkong atau sandang yang menandakan tahap kebolehan dan tanggungjawab atau amanah yang dipikul. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya (Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula)

PUTIH
Bermaksud bersih dan suci. Ia menunjukkan Silat Seni Gayong bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat. Putih juga melambangkan fitrah kejadian manusia yang memerlukan agama untuk mencorak dan membentuknya. Dalam konteks Silat Seni Gayong, agama Islam ialah ad-Din iaitu pedoman hidup.

KUNING
Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat. Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia kepada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

MERAH
Tanda keberanian dan kepahlawanan. Murid gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana. Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar kebenaran dan tuntutan agama.

keluarga terkini pssgm-ipgmik


dari kiri: izati, farah, tikah, khai, alip(gurulatih II), cikgu rizan(gurulatih I) bahirah, aimi, siti, yan
afiq(tiada dalam gambar) musa(tiada dalam gambar) patah tumbuh hilang berganti, walaupun ade ahli yg pergi meninggalkan kita, semangat gayong dalam hati kami takkan pudar..

Apr 19, 2010

gurulatih II naik bengkong



gurulatih kedua pssgm ipgik telah mendapat bengkong pelangi merah cula II pd hari sabtu, 17 april 2010 bertempat di smk seri pinang, Kulai johor.. majlis penyampaian bengkong telah disempurnakan oleh ustaz abd rahman bin ismail, iaitu gurunya semenjak tahun 2003 lagi..

Feb 26, 2010

malam kilauan kencana ipgik

anaak gayong ipgik telah membuat persembahan pada malam tersebut




(dari kiri, Khai, en ikhmal (pensyarah penasihat pssgm ipgik) dan alip(pembantu gurulatih)

Jan 14, 2010

PENGAMBILAN AHLI BARU SESI 2010








(klik gambar untuk besarkan imej)

-terbuka kepada semua warga IPG-KIK yang beragama ISLAM-
-bersama memartabatkan dunia persilatan MELAYU-

Nov 4, 2009



AMANAT MAHAGURU MEOR ABD RAHMAN KEPADA
ANAK-ANAK GAYONG..

"Jangan ditepuk susu di dulang,

Anak harimau tak dapat menyusu,

Jangan pecah rahsia hulubalang,

Nanti harimau hilang kuku"

"Jangan ditepuk darah di dulang,

Anak harimau mancari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,

Nanti harimau hilang asu"

"Jikalau ada dulang di tangan,

Jangan biar jatuh terhempas,

Jikalau ada senjata di tangan,

Jangan biar orang rampas"

"Pecah Gayong di dalam dulang,

Dulang hanyut di lautan tujuh,

Perpecahan Gayong perpecahan sayang,

Di suatu masa kembali berteguh"

Segayong,

Sekendi,

Seperigi,

Sepeminum,

Sejalan,

Sejadi,

Sedarah,

Sedaging,

Sepadu,

Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong.

Gayong? Dimana Gayong? Di sini Gayong, di sana Gayong.

Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri.